Idea Bisnes 2: Buat Duit Dengan Menulis

Menulis mempunyai potensi yang begitu besar dalam dunia hari ini. Buktinya adalah dengan kebanjiran majalah-majalah yang pasti memerlukan lebih ramai penulis artikel. Malah blog juga semakin banyak dihasilkan, dan sudah pasti mereka memerlukan artikel untuk blog mereka itu.

Dengan menulis, kita boleh menjana pendapatan, malah melakukan ia dengan serius sebagai bisnes utama kita.

Di antara cara buat duit dengan menulis adalah:

  • Menulis buku
  • Menulis artikel untuk majalah
  • Menulis rencana untuk majalah dan akhbar
  • Servis menulis artikel
  • Servis terjemahan artikel / buku
  • Servis menulis review
  • Servis menulis advertorial
  • Menulis ebook
  • Servis copywriting
  • Menulis blog

Dan banyak lagi peluang-peluang yang ada.

Cadangan kami:

  1. Tentukan sekurang-kurangnya satu usaha buat duit dengan menulis seperti yang disenaraikan di atas.
  2. Daftarkan satu nama bisnes di SSM. Kos : RM70.00
  3. Buat kad bisnes sebanyak 100 keping. Kos : RM24.00 (ada lebih rendah)
  4. Buat sebuah blog dot com (kos: RM60) ataupun di blogspot.com (percuma). Blog ini adalah tempat kita kongsikan aktiviti bisnes kita. Blog ini juga adalah website bisnes kita sebelum kita membina website khas pada satu masa nanti.
  5. Jika anda serius dalam bidang penulisan, dapatkan satu nama domain atas nama anda atau nama pena anda. Contoh: www.SmartZul.com
  6. Daftarkan diri di Facebook dan wujudkan Facebook Page untuk bisnes.
  7. Beli buku, ebook, panduan dan sertai kursus-kursus yang berkaitan dengan penulisan untuk memantapkan lagi kemahiran penulisan anda.
  8. Tidak lupa juga sertai kursus-kursus perniagaan dan keusahawanan untuk menajamkan lagi kemahiran bisnes anda.
  9. FOKUS pada bidang pilihan anda ini dan usaha secara konsisten.
  10. PANTANG: Jadikan penulisan sebagai bisnes, iaitu tulisan itu menghasilkan wang. Boleh sahaja menulis untuk berkongsi ilmu tetapi jangan sampai berlebihan sehingga aktiviti bisnes terganggu. INGAT, sumber pendapatan penulis adalah daripada hasil kerja penulisan!

Rujukan tambahan:

1. Cara Daftar Perniagaan di SSM.

2. 16 Cara Buat Duit Dengan Menulis di Internet.

3. Cara Buka Akaun Semasa di Bank Tempatan.

 

 

One Response to Idea Bisnes 2: Buat Duit Dengan Menulis

  1. Umarvellous says:

    insyaAllah saya juga ingin menjana pendapatan daripada menulis suatu hari nanti.. =)

Leave a Reply to Umarvellous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

What is 2 + 9 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)
Powered by WordPress | Designed by: photography charlottesville va | Thanks to ppc software, penny auction and larry goins